Google Lens Kini Boleh Mengenal Pasti Baka Kucing Dan Anjing Anda

Anda mempunyai kucing kesayangan yang mungkin anda tidak pernah tahu tentang baka bintang peliharaan anda? Sekarang anda boleh dengan hanya menghalakan kamera telefon pintar anda dan aplikasi Google Photos akan memberitahunya kepada anda.

Dalam satu kiriman terbaru di dalam blog Google, mereka mengumumkan fungsi terbaru yang terdapat di dalam aplikasi Google Photos mereka. Fungsi ini dibantu dengan algoritma Google Lens yang ada di dalam Google Photos yang menggunakan machine learning dan A.I untuk mengesan objek, tempat dan manusia di dalam gambar yang diambil.





Google Lens sebelum ini telah hanya boleh didapati di dalam peranti Pixel dan sudah boleh digunakan untuk peranti Android dan iOS bermula pada bulan lepas. Google Photos boleh dimuat turun di Apple App Store untuk iOS dan Google Play Store untuk Android.