Bagaimanapun, mereka telah memberi amaran bahawa jumlah maksimum takuk yang dibenarkan pada sebuah peranti Android adalah dua sahaja. Pengumuman itu telah dibuat melalui satu kiriman di blog mereka pada 30 Julai lalu.
Pengumuman itu dikatakan dibuat selepas satu imej render dilaporkan sebuah peranti konsep ZTE telah tular kerana dikatakan mempunyai rekaan takuk pada sisi atas dan bawah panel hadapan peranti. Imej berkenaan telah ditularkan oleh laman WinFuture.
Kredit : WinFuture
Pihak Google juga telah mengingatkan kepada pembangun aplikasi untuk Android supaya menyokong paparan dengan rekaan dwi-takuk pada aplikasi mereka. Mereka juga menyatakan bahawa rekaan berkenaan turut akan disokong oleh sistem Android P yang bakal dilancarkan kelak.
Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan apakah kegunaan rekaan takuk pada sisi bawah peranti ZTE tersebut. Namun menurut WinFuture, ruang tersebut mungkin akan digunakan untuk diletakkan pembesar suara kedua peranti.
Rekaan takuk ternyata kurang popular di kalangan pengguna Android kini. Jadi, adakah ia relevan untuk syarikat pembangun mengambil keputusan untuk menggunakan rekaan dwi-takuk? Kongsikan pandangan anda di ruang komen.
Sumber
Berkaitan
- Samsung Galaxy S10 Didakwa Boleh Menjadi Dek Pengecasan Tanpa Wayar
- HBO Membawakan Rancangan Game Of Throne Baru Untuk Menenangkan Peminat.
- Model Peranti Huawei P20 Pro Dengan Warna Twillight Bakal Memasuki Pasaran Malaysia
- CEO One Plus Belanja Gambar Yang Diambil Pada Waktu Malam Guna One Plus 5
- Aplikasi Google Duo Telah Mencecah 10 Juta Muat Turun
- Honor 10 lite Bakal Menggugat Honor 8X? Persengketaan Adik Beradik
- Instagram Akan Rasmikan Hab Video Durasi Panjang Mereka 20 Jun Ini
- Persoalan Sudah Terjawab, Peranti Huawei Tanpa Servis Google, Ini Respon Pihak Huawei
- Pengalaman Membuang Sampah Yang Lebih Menyeronokkan Dengan Tong Sampah Pintar Ini
- OnePlus 6T Edisi McLaren Boleh Dipra-Tempah, Akan Mula Didapati Pada 21-24 Disember Ini