Google Lancarkan Android Oreo Go Khas Untuk Peranti Telefon Pintar Berspesifikasi Rendah

Semasa Google I/O pada tahun ini, Gogole telah menjanjikan sistem operasi Android yang direka khas untuk peranti telefon pintar berspesifikasi rendah. Android Oreo Go kini sudah terdapat untuk pengeluar telefon pintar dan pembangun.

Ini bermakna sistem operasi mini ini belum lagi boleh digunakan oleh pengguna peranti tetapi bergantung kepada pengeluar telefon pintar atau pembangun untuk menyiapkannya untuk peranti masing-masing.

Android Oreo Go ini direka untuk peranti yang mempunyai ruang RAM sebesar 512MB dan lebih. Pada ketika ini, kebanyakkan peranti utama mempunyai ruang RAM sebesar 3GB, peranti yang menggunakan ruang RAM sebesar 512MB adalah pada tahun 2010 dan 2011.

Google berjaya mencapai keadaan ini dengan mengurangkan saiz kebanyakkan aplikasi Google seperti Google Assistant, Google Maps, Gmail dan lain-lain. Ini memberi peluang kepada pengguna untuk terus menggunakannya tanpa pengalaman yang penuh mereka dapat dari peranti utama yang lain.



Semua ini memberi harapan kepada pengguna yang masih ingin merasai pengalaman sistem operasi Android Oreo tetapi semuanya bergantung kepada pengeluar peranti mereka ataupun berharap ada pembangun yang mahu menyiapkan versi Android Oreo Go ini untuk peranti tertentu.

Sumber