Google Lancar "Youtube Go"





Hari ini, Google memperkenalkan versi baru kepada aplikasi Youtube mereka yang dipanggil dengan Youtube Go. Versi baru itu diperkenalkan di India untuk membantu pengguna menangani masalah sambungan internet yang perlahan. Projek ini merupakan sebahagian daripada program "Next Billion" yang mensasarkan pengguna di India.



Youtube Go menawarkan ciri yang boleh membantu pengguna menonton video walaupun dalam keadaan sambungan ke internet perlahan. Antara ciri utama yang diketengahkan adalah,  pengguna mampu berkongsi video dengan rakan yang lain. Ciri "sosial" ini menggunakan protokol langsung WiFi untuk bertukar-tukar fail dan ia telah disahkan wakil syarikat kepada laman MashableIndia.



Dengan adanya Youtube Go, Google cuba untuk mempertingkatkan ciri luar talian Youtube. Aplikasi terbaru ini membolehkan pengguna mendapatkan preview video yang mahu di muat turun pada "bandwith yang sangat rendah". Syarikat turut menyatakan Youtube Go akan berkongsi informasi tentang jumlah data yang digunakan sesebuah video.









Google dijangka melancarkan aplikasi Youtube Go ini di India selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2016. Rasa-rasannya seluruh rakyat Malaysia berharap dapat menikmati aplikasi serupa dengan rakyat di India.



Sumber: MashableAsia