Google Keluarkan Senarai 10 Peranti Android Terbaru Yang Menyokong ARCore

ARCore merupakan platform perisian yang dibangunkan oleh pihak Google dimana ia membolehkan aplikasi dengan augmented reality dihasilkan. Dengan adanya sokongan ARCore ini, pengguna boleh menggunakan kandungan animasi 3D melalui kamera telefon pintar.

Fungsi ARCore telah dibawa ke beberapa peranti Android sebelum ini. Terbaru, Google telah mengumumkan senarai 10 lagi model telefon pintar Android terbaru yang menyokong fungsi tersebut.

google-tango-lenovo-1979-016 Kapsyen: Kredit: CNET


10 model tersebut ialah :

  1. Honor 8X

  2. Honor View 10 Lite

  3. Huawei Mate 20 X

  4. Huawei Porsche Design Mate 20 RS

  5. Samsung Galaxy J7(2017)

  6. Samsung Galaxy J7 Pro(SM-J730)

  7. Nokia 8.1

  8. Xiaomi Mi Mix 3

  9. OnePlus 6T

  10. Sony Xperia XZ3


Sebelum ini, Google turut menyenaraikan siri Mate 20 dan Mate 20 Pro untuk menerima sokongan ARCore ini. Anda boleh melihat senarai penuh peranti yang menyokong fungsi ini di laman rasmi Google ARCore.

 

Sumber: Google ARCore