Google Keluarkan Kemaskini Sekuriti Android Untuk Bulan November

Bulan baru, dan kemaskini sekuriti baru untuk peranti Android anda. Google kini telah mengeluarkan kemaskini sekuriti bagi bulan November untuk peranti yang menggunakan Android Nougat versi 7.0 dan 7.1. Kemaskini tersebut akan membaiki 21 kelemahan sekuriti yang dikenal pasti terdapat pada sistem operasi Android itu.

Antara fail kemaskini sekuriti yang telah dikeluarkan Google untuk Android Nougat 7.1.0;

  • Pixel XL (NDE63U, NDE63V, NDE63X)

  • Pixel (NDE63U, NDE63V, NDE63X)

  • Verizon Pixels (NDE63X)


Turut serta adalah fail kemaskini sekuriti untuk Android 7.0.0;

  • Pixel C (NRD91N)

  • Nexus 6P (NBD91K)

  • Nexus 5X (NRD91N)

  • Nexus 6 (NBD91P)

  • Nexus Player (NRD91N), dan

  • Nexus 9 (NRD91N)


Nexus 6 juga tidak ketinggalan kerana ia akan mendapat kemaskini 6.0.1 yang menggunakan kod fail MOB31K dan MMB31C.

Fail imej kemaskini tersebut mula dikeluarkan hari ini dan anda boleh memuat turun menerusi pautan dibawah ataupun menunggu fail OTA dihantar ke peranti anda.

Sumber: Factory Images | OTA Files