Google Integrasikan Aplikasi Maps Dan Translate Untuk Mudahkan Perjalanan Diluar Negara

Mengembara ke negara yang tidak bertutur bahasa ibunda kita mungkin akan memberikan kesukaran terutama sekali ketika mahu mengunjungi sesebuah kawasan.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Google menerusi aplikasi navigasi mereka, Google Maps dan aplikasi terjemahan, Google Translate akan diintegrasikan.

Masalah seperti tidak tahu sebutan yang tepat atau tidak boleh membaca nama sesebuah lokasi itu dapat diselesaikan melalui ciri terjemahan ini.

Terdapat ikon pembesar suara pada nama lokasi di Google Maps dan apabila ditekan, nama lokasi tersebut akan kedengaran dengan sebutan lebih jelas dan tepat selain turut menyediakan terjemahan dalam paparan teks.



Satu lagi ciri yang diberikan Google adalah pertukaran antara aplikasi Maps dan Translate yang lebih mudah. Kesemua ciri bakal hadir untuk platform iOS dan Android pada bulan ini.

Sumber: Cnet