Google Incognito Mode - Anda Mungkin Masih Lagi Diperhatikan

Seperti yang kita tahu, kebanyakan pelayar internet hari ini pasti akan hadir dengan mod privasi peribadi atau private mereka tersendiri. Melalui mod ini, mereka mendakwa tidak akan merekodkan sebarang aktiviti pengguna di dalam sistem mereka dan ia hanya akan dapat diakses oleh beberapa pihak seperti majikan, penyedia jalur lebar atau laman sesawang yang dilawati sahaja.

Begitu juga dengan pelayar terkenal dari Google iaitu Chrome. Melalui incognito mode, Google mendakwa mereka tidak akan sama sekali menyimpan sebarang data mengenai segala perlakuan pengguna semasa menggunakan mod tersebut. Namun, menurut kajian yang dibuat oleh seorang pengkaji dari Vanderbilt University, Google mungkin masih boleh melakukannya.



Menurut keputusan kajian itu, Google masih dapat mengesan maklumat pengguna sekiranya mereka melayari laman sesawang yang menggunakan khidmat pengiklanan melalui pasaran iklan atas talian Google. Ia kemudiannya boleh dihubungkan dengan akaun-akaun pengguna yang didaftarkan di platform kelolaan Google seperti YouTube, Gmail dan sebagainya.

Bagaimanapun, menjawab dakwaan ini, Google telah mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kajian ini di mana terdapat banyak maklumat yang disalahtafsir melalui keputusannya. Jurucakap mereka mendakwa bahawa Google tidak akan memerhatikan mengganggu privasi pengguna mereka tanpa kebenaran.

Perkara ini merupakan konflik berkaitan privasi kedua yang menyerang Google dalam masa dua minggu selepas sebelum ini, mereka didawa masih mengesan lokasi pengguna walaupun maklumat lokasi sudah pun dipadamkan. Diharapkan Google mengambil iktibar daripada apa yang terjadi pada Facebook dalam menguruskan hal privasi pengguna di masa akan datang.

 

Sumber