Google akan tampil dengan peranti baru mereka iaitu Google Home dan akan menjadi pesaing utama Amazon Echo. Kepada pembaca yang belum tahu, Amazon Echo adalah sejenis pembesar suara dengan ciri arahan suara (seperti Siri). Anda mampu mendengar lagu hanya dengan memberi isyarat suara, menyemak siaran TV dan pelbagai lagi tanpa perlu bangun dari sofa.



Menurut Android Police, pembesar suara pintar Google Home ini akan dilancarkan pada 4 Oktober ini dan dikatakan memiliki harga yang lebih murah berbanding Echo. Google juga bakal melancarkan dua telefon pintar Pixel pada acara yang sama. Google berkata, Google Home akan memiliki penambahbaikkan dari segi kawalan peranti pintar anda di rumah.