Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Hire Adalah ‘Linkedln’ Terbaru Yang Mungkin Anda Gunakan

Google Hire Adalah ‘Linkedln’ Terbaru Yang Mungkin Anda Gunakan

Diterbitkan April 18, 2017 oleh Wiser MY

Proses pencarian pekerjaan adalah sukar pada masa sekarang dan ada satu aplikasi baru yang menyertai dunia yang penuh pancaroba ini.

Google dilihat sedang mengerjakan satu alat baru untuk pencarian pekerja dan menguruskan permohonan anda.

Ini membolehkan gergasi internet itu bersaing dengan laman seperti Linkedln dan Indeed, mengikut laporan Axios.

Walaupun laman Google Hire boleh dibuka sekarang, log masuk masih belum berfungsi untuk orang awam lagi.

Ini telah menyebabkan cakap-cakap mengenai laman itu yang membolehkan majikan boleh mengakses sejarah pencarian pemohon.

Pastikan carian Youtube anda tidak ada dalam CV.

Jurucakap Google menidakkan khabar angin yang mengatakan majikan berpotensi boleh menyelongkar maklumat peribadi pemohon.

Google Hire hanya akan membenarkan majikan untuk mengutip permohonan pemohon atas talian dan hanya maklumat yang dibenarkan pemohon sahaja yang akan dikongksikan kepada majikan berpotensi mereka, mengikut jurucakap Google.

Google bukan satu entiti sahaja yang cuba menceburi bidang pencarian pekerjaan.

Facebook sebelum ini cuba menggunakan alat mereka untuk tujuan pencarian pekerjaan.

Snapchat juga telah digunakan oleh McDonald Australia untuk tujuan pengambilan pekerja.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY