Google Hentikan Servis Permainan GPGS untuk Platform iOS

Google Android harini mengeluarkan kenyataan tentang penarikkan servis GPGS mereka untuk platform iOS awal pagi semalam.

GPGS atau nama panjangnya Google Play Game Services merupakan satu servis dimana pemaju dapat membina, membuat analisis, mendapatkan penonton dan mengoptimumkan permainan yang dicipta.

Google terpaksa menghentikan servis untuk akaun pengguna iOS oleh kerana sambutan penggunaan GPGS untuk iOS yang kurang memberangsangkan.

Ini bermaksud kemaskini Native SDK versi 2.3 juga tidak akan menyokong integrasi bersama iOS SDK.

google-io-google-play-games-100316431-orig

Pada masa yang sama Google turut memberitahu fungsi Gift, Requests dan Quests yang di tawarkan dalam servis mereka juga akan di keluarkan dari servis mereka juga kerana kurang mendapat sambutan di kedua-dua Android dan iOS.

Langkah Google berbuat demikian adalah kerana dilihat mahu memfokuskan lebih kepada ciri Sign-in, Achievements, Leaderboards dan Multiplayer.

Atas budi bicara, Google akan memberikan tempoh masa 12 bulan untuk mana-mana pemaju yang masih menggunakan GPGS di iOS, tarikh akhir sebelum akaun mereka kena deactivate.

Sumber