Google Hentikan Keluaran Pada Tablet, Fokus Diberikan Pada Komputer Riba

Mengutip laporan dari Computer World, Google tidak lagi akan mengeluarkan tablet dan Pixel Slate yang dilanckarkan pada tahun lalu merupakan produk terakhir. Menurut Ketua pengarah bahagian perkasasan Google, langkah ini diambil ekoran daripada pasaran tablet sudah agak kebelakang berbanding telefon pintar dan pengalaman menggunakan Android pada peranti mudah alih adalah lebih baik.

Lanjutan daripada itu, Google dikhabarkan mengalihkan fokus tablet kepada komputer riba pada masa akan datang, tetapi dalam maasa yang sama tidak akan menghalang dari rakan kongsi luar untuk bekerjasama dalam pembinaan tablet.



Syarikat terbesar itu baru-baru ini menghentikan dua projek model tablet walaupun ia belum siap sepenuhnya. Bagi pengguna yang sudah mempunyai Pixel Slate, sokongan perisian dalaman akan terus diusahakan oleh pihak Google sehingga Jun 2024.

Berita ini mungkin mengejutkan ramai pihak terutama dari syarikat dan pengasas lain yang cuba untuk mendapatkan khidmat sokongan Android bagi tablet keluaran syarikat masing-masing.

Peranti jenis tablet dari Google ini dikatakan 'dicabar' oleh peranti iPad dari Apple dan peranti boleh lipat yang kini sedang menunggu pelancarannya dari pihak Samsung, Huawei dan lain-lain.

Namun begitu, perkhabaran ini bukanlah penghujung bagi keluaran tablet, dimana Google dikatakan cuba 'mengubah angin' dengan mencuba sesuatu yang baru apabila laporan mengatakan mereka akan mengeluarkan Pixelbook pada hujung tahun ini.

Baca lagi - Google Sedang Berusaha Untuk Membangunkan Telefon Pintar Boleh Lipat dan beberapa berita mengenai peranti boleh lipat

- Google Pertingkatkan Ciri Keselamatan Aplikasi Pelayar Chrome Dengan Perkenalkan 2 Ciri Terbaru

Sumber: Computer World