Google Hasilkan Alatan Kecerdasan Buatan Untuk Kesan Imej Berkaitan Penderaan Seks Kanak-Kanak Dengan Lebih Pantas

Dunia hari ini sedang mengalami banyak masalah sosial dan kes penderaan seks kanak-kanak adalah salah satu daripadanya. Malah, ia turut menjangkiti arena internet apabila banyak imej dan video berkaitan gejala itu tersebar secara meluas atas talian.

Sehubungan dengan itu, Google telah membangunkan satu perisian berlandaskan kecerdasan buatan(AI) yang akan membantu dalam mengesan imej berkaitan pedofil dengan lebih pantas.

Alatan yang digelar Content Safety API itu akan membolehkan syarikat atau organisasi untuk mengesan dan seterusnya mengasingkan imej-imej berkenaan daripada dilihat oleh lebih ramai orang.

Kredit : The Independent UK


Ia sekaligus akan membolehkan imej itu dibawa keluar dengan seawal mungkin. Ini amat penting bagi mengelakkan mangsa merasai lebih tekanan seperti rasa malu atau dipandang hina masyarakat pada masa hapadan.

Peggunaan alatan ini akan dibekalkan secara percuma oleh Google kepada mana-mana pihak yang berminat utuk menggunakannya. Perkara ini disambut baik oleh Internet Watch Foundation yang melihat ia akan membantu dalam usaha menjadikan internet sebagai 'tempat' yang lebih selamat.

Sebelum ini, beberapa buah negara telah menyatakan pendirian mereka untuk bersama-sama memerangi jenayah pedofilia ini. Malaysia juga turut terlibat apabila Polis DiRaja Malaysia(PDRM) telah menubuhkan satu unit khas, Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak- Kanak (MICAC) bagi mengesan mereka yang mengakses kandungan berkaitan pornografi kanak-kanak di Malaysia.

 

Sumber