Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google hangouts

Google Hangouts Tutup Tirai, Semua Akan Beralih Ke Platform Baru

Diterbitkan Jun 28, 2022 · Dikemas kini Jun 28, 2022 oleh Nadiah Ab

Google Hangouts akhirnya akan ditamatkan perkhidmatan sebagai platform sembang menjelang akhir tahun ini.

Google mengumumkan akan mula memindahkan pengguna Hangouts ke “Chat” sebelum Hangouts tidak lagi tersedia selepas November 2022.

Jika anda masih menggunakan Hangouts pada PC, anda akan melihat arahan untuk beralih ke Google Chat.

google hangouts

Dalam arahan itu juga Google turut mengisytiharkan “Hangouts telah digantikan oleh Google Chat”.

Menurut Google, pelanggan web Hangouts akan kekal tersedia sehingga November, dan syarikat itu berkata pengguna akan mendapat sekurang-kurangnya satu bulan amaran sebelum halaman web platform mula diubah secara automatik ke laman “Chat”.

google hangouts
Google Chat

Google turut berjanji perbualan anda akan dipindahkan secara automatik ke aplikasinya yang baharu.

Sejak beberapa bulan yang lalu lagi Google telah secara perlahan menghentikan platform Hangouts untuk memberi laluan kepada perkhidmatan pemesejannya yang lebih baharu.

Walaupun Hangouts tidak terkenal seperti aplikasi pemesejan lain, platform tersebut tetap mempunyai penggunanya tersendiri.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY