Google Gboard Ditambah Dengan Ciri Kod Morse

Kod morse dicipta oleh Samuel Morse sekitar tahun 1836 yang mana maklumat dihantar menggunakan isyarat elektrik menggunakan talian kabel oleh sistem telegraf.

Kaedah komunikasi itu kini telah mula dilengkapkan pada aplikasi Google Gboard hasil kerjasama antara Google bersama pembangun kurang upaya, Tania Finlayson.

Tania yang menghidap cerebral palsy mempunyai pengalaman berkomunikasi menggunakan kod morse, dan kelebihan itu dikongsikan bersama Google.



Kerjasama berkenaan berhasil membawakan ciri kod morse kepada aplikasi Gboard dimana pengguna boleh menaip menggunakan titik dan sengkang. Aplikasi berkenaan akan mengubah kembali titik dan sengkang kepada huruf dan perkataan.



Google juga turut mencipta permainan Morse Typing Trainer, bertujuan untuk mengajar pengguna menaip kod Morse.

Dengan adanya ciri kod Morse ini, ia memberi manfaat kepada pengguna peranti pintar kurang upaya.

Sumber: The Verge