Google Flights Boleh Ramal Jika Penerbangan Akan Ditunda

Perkara yang paling dirisaukan jika anda kerap menggunakan perkhidmatan kapal terbang adalah penerbangan ditunda.

Melihat kepada permasalahan itu, Google tampil menawarkan penyelesaian melalui ciri yang diperkenalkan pada Google Flights.



Menggunakan data penerbangan lama dan baru yang dikumpul, Google Flights akan menawarkan makluman kepada penumpang berupa informasi mengapa sesuatu penerbangan itu ditunda, seperti faktor cuaca ataupun kapal terbang lewat tiba. Ramalan kelewatan hanya akan muncul jika algoritma Google 80% pasti perkara itu akan berlaku.

Google menjelaskan bahawa, kombinasi data dan teknologi AI mereka mampu meramal kelewatan lebih awal berbanding syarikat pengendali penerbangan itu sendiri.

Walaubagaimanapun, Google menyarankan penumpang untuk tetap hadir ke lapangan terbang pada waktu yang sepatutnya dan ramalan ini hanya sebagai maklumat sampingan (sekurang-kurangnya penumpang tahu penerbangan akan ditunda). Buat masa sekarang ciri tersebut diuji penggunaanya di Amerika Syarikat.

Sumber: Google