Earth pada mulanya hanya menyokong pelayar pihak pertama menggunakan teknologi Chrome-only Native Client (NaCl). Jun lalu, Google mula menguji pengalaman Earth (Earth experience) yang dikuasakan oleh Web Assembly, iaitu standard untuk membawa kod asli kepada web. Dalam hal ini, Google Earth kebanyakan mengguna C++ untuk tujuan prestasi dan penggunaan semula kod (dengan Android dan iOS).
Syarikat tersebut kini menambah sokongan rasmi Google Earth pada pelayar Firefox, Edge, dan Opera dengan versi Web Assembly yang juga menyokong Chrome. Dengan sokongan pada pelayar-pelayar ini, pengguna tidak lagi perlu menggunakan pautan khas untuk pratonton atau versi beta.
Walau bagaimanapun, pengalaman menggunakan Earth dengan pelayar pihak ketiga ini masih perlu dipertingkatkan. Dalam pada itu, Google juga merancang untuk menambah sokongan Earth pada pelayar Safari di masa akan datang.
Sumber: 9to5Google
Berkaitan
- Google Perlihatkan Rekaan Google Nest Baharu
- Apple, Google Sahkan Terima Permintaan Melibatkan Data Notifikasi Telefon Pengguna
- Rekaan Dipercayai Google Pixel 5 Telah Didedahkan
- Google Perkenal Android 12 Developer Preview
- Google Dilapor Mahu Gabungkan Organisasi Maps Dan Waze
- Google Mula Gesa Pengguna Tetapkan Passkeys Secara 'Default'
- Pengguna Android Mula Terima Kemaskini Google Translate Dengan Mod Transkripsi Masa Nyata
- Google Lancar Nearby Share Untuk Peranti Android, Hadir Dengan Fungsi Seperti AirDrop
- Ini Mungkin Rekaan Awal Antaramuka Sistem Operasi Android 12
- Fail Google Drive Yang Dipindahkan Ke 'Trash' Akan Dipadam Automatik Selepas 30 Hari Bermula 13 Oktober Depan