Google Duo Akan Sokong Panggilan Video Sehingga 32 Orang Pengguna

Sejak dunia dilanda wabak Covid-19, aplikasi dan perisian panggilan video semakin meluas digunakan. Sudah pasti, aplikasi yang dapat menampung lebih ramai jumlah peserta panggilan video dalam satu-satu masa menjadi pilihan.

Ini membuatkan pembangun-pembangun aplikasi giat mengemaskini penawaran sedia ada. Antara yang khabar terbaru adalah mengenai Google Duo, dimana pada Mac lalu Google menyatakan ia akan meningkatkan sokongannya kepada 12 orang peserta.

Namun mungkin merasakan ia masih belum mencukupi, Google sekali lagi mengesahkannya kepada Android Police, jumlah tersebut akan dinaikkan lagi kepada 32 orang.



Walaupunbegitu, Google masih belum mendedahkan tarikh penawaran kemaskini itu tetapi mereka sudah mula menguar-uarkan penambahan itu kepada pengguna melalui e-mel.

Berkenaan dengan Google Duo lagi, baru-baru ini ia sudah dilengkapi dengan sokongan panggilan menerusi web, sekaligus menjadi alternatif kepada Zoom, Skype dan aplikasi lain seumpama dengannya.

Sumber: Android Police