Google Drive, Docs, Sheets, Slides & Forms Dikemaskini Dengan Cara Perkongsian Lebih Mudah

Google kini telah mengemaskini antara muka perkongsian fail dari Google Drive, Docs, Sheets, Slides, dan Forms pada versi web. Kemaskini ini akan menggantikan antara muka sebelumnya di mana bahagian perkongsian fail akan menjadi lebih mudah dan mesra pengguna.

Kemaskini Google Drive

Menurut Google, dengan perkongsian fail bagi individu tertentu, ia dapat mengurangkan risiko akses oleh pengguna yang tidak diingini. Antara kemaskini tersebut adalah:

  • Antara muka yang diasingkan dan memfokuskan tugasan: Pada bahagian ini, terdapat dialog perkongsian baharu bagi tugasan keperluan pengguna seperti berkongsi fail, menukar kebenaran, dan melihat akses fail. Rekaan ini mengasingkan perkongsian pautan antara individu dan berkumpulan.

  • Butang "salin pautan" dengan pantas: Butang ini ditambah bagi memudahkan pengguna mendapatkan pautan tanpa perlu mengubah akses kebenaran pautan.

  • Lebih mudah melihat akses semasa: Rekaan baharu ini dengan jelas menunjukkan individu yang sedang mengakses fail, di mana ia menjadikannya lebih mudah untuk mengaudit dan menukar kebenaran dengan pantas.


Kapsyen: Kiri: Antara muka baharu                                Kanan: Antara muka lama


Perubahan bagi cara perkongsian fail yang baharu ini akan dikemaskini secara default dan tersedia kepada semua pengguna individu Google Accounts serta pelanggan G Suite dan Drive Enterprise. Kemaskini sudah mula dilepaskan bermula semalam, 28 April.

Sumber: Google