Seperti yang sedia maklum, WhatsApp menyertakan ciri Back up to Google Drive sebagai langkah membuat data sandaran yang mana setiap perbualan dengan kenalan, akan disimpan secara automatik didalam storan awan tersebut.
Berdasarkan pengumuman terbaru, bermula 12 November hadapan Google Drive tidak lagi mengehadkan ruang simpanan bagi data sandaran WhatsApp.
Selain itu, WhatsApp turut menyatakan sebarang data sandaran yang tidak aktif dalam tempoh lebih satu tahun, akan dipadam secara automatik oleh Google Drive.
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, anda disarankan untuk sentiasa membuat data sandaran ke storan awan.
Ciri Back up to Google Drive boleh diaktifkan melalui langkah berikut;
Buka aplikasi, pergi ke bahagian Settings > Chats > Chat backup > Back up to Google Drive.
Langkah ini juga boleh memudahkan anda ketika bertukar ke telefon pintar yang baru, dimana WhatsApp akan mencari data sandaran dan perbualan lama anda boleh diakses semula.
Sumber: WhatsApp
Berkaitan
- SKMM Sangkal Dakwaan Merakam, Merekod Panggilan Suara, Whatsapp
- WhatsApp Business Boleh Dimuat Turun Pengguna Tempatan
- Ubah Video Kepada GIF Hanya Menggunakan Whatsapp
- Ciri Mesej Terpadam Secara Automatik Pada WhatsApp Beta Dikemaskini
- WhatsApp Bakal Tampil Dengan Ciri Sticker
- WhatsApp Tambah Ciri Pengesahan Biometrik Untuk Akses Dari Komputer
- WhatsApp Dalam Usaha Bawa Ciri PiP Pada Platform Android
- WhatsApp Ada Kelemahan Yang Bolehkan Penggodam Memalsukan Mesej
- WhatsApp Perkenal Ciri Panggilan Video Secara Berkumpulan
- WhatsApp Uji Fungsi Layari Web Dan Carian Imej Dalam Aplikasi