Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62!
Ketika seluruh rakyat Malaysia menyambut ulang tahun ke-62 kemerdekaan negara hari ini, enjin carian gergasi, Google mempunyai cara tersendiri untuk turut meraikannya iaitu dengan memperkenalkan 'doodle' (contengan) Merdeka.
Doodle tersebut menggunakan Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinesis) sebagai subjek utamanya yang juga merupakan bunga kebangsaan Malaysia.
Turut digunakan pada doodle itu adalah corak jahitan songket bersulamkan warna perak metalik dan warna emas.
Tema Hari Kebangsaan yang dipilih tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku : Malaysia bersih.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini kali kedua berturut-turut diadakan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. Perarakan membabitkan lebih 17,353 peserta itu dimulakan dengan kontinjen perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62!
Berkaitan
- Google Tawar Harga 'Trade-In' Yang Tinggi Untuk Pengguna iPhone Beralih Ke Pixel 7a Dan Pixel Fold
- Pempengaruh Kripto Hilang Aset Selepas Memasang 'Aplikasi' Dari Iklan Carian Google
- Google Lancar Pelayar Chrome Untuk PC Dikuasakan Cip Snapdragon
- Amazon Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019
- Google Kini Boleh Membuang Nombor Telefon, Alamat Pengguna Dari Hasil Carian
- Google Akan Mula Memadam Foto Dan Segala Kandungan Pemilik Akaun Jika Tidak Aktif
- Keperluan Minimum Dan Limitasi Servis Panggilan Video Berkumpulan Bagi Pengguna Percuma Google Meet
- Xiaomi 'Troll' Huawei Kerana Tiada Lagi Servis Google Pada Peranti Mereka
- Ini Cara Membersihkan Duplikasi Senarai Kenalan Dalam Google Contact
- Google Stadia Akan Ditawarkan Bermula 19 November 2019