Google Doodle Hadir Dengan Kad Interaktif Digital Sempena Hari Ibu 2020

Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu seluruh dunia! Jika anda memulakan carian di enjin carian Google, anda akan perasan dengan laman utama Google yang mempunyai Doodle menarik sempena Hari Ibu ini.



Melalui laman utama Google Doodle ini, pengguna boleh mencipta kad digital yang berasaskan daripada kraftangan. Menurut Google, Doodle mereka ini adalah diinspirasikan daripada carian meningkat dariapada pengguna seperti hadiah maya dan juga kad ucapan digital.

Setelah kad Hari Ibu ini dihasilkan, pengguna boleh menghantar pautan unik kad digital ini kepada ibu masing-masing. Sudah tentu dengan pandemik Covid-19 ini, penghasilan kad sebegini dianggap alternatif terutamanya yang berada berjauhan atau kesempitan masa mahu hasilkan kad secara fizikal.



Sumber: Google

Berkaitan