Google Doc Kini Paparkan Jumlah Perkataan Yang Ditaip

Google Doc merupakan platform yang memudahkan pengguna dalam mencipta, menyunting serta berkongsi dokumen secara dalam talian dan mengaksesnya dari mana-mana komputer menerusi sambungan internet.

Sebelum ini, pengguna mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk melihat jumlah perkataan yang sudah ditaip kerana informasi berkenaan hanya boleh dilihat dengan cara pergi ke Tools > Word Count.



Bagi menambahbaik pengalaman pengguna, Google telah mengemaskini ciri tersebut supaya ia akan sentiasa dipaparkan kepada pengguna. Pengguna hanya perlu pilih Tools > Word Count > Display dan seterusnya jumlah perkataan akan kelihatan pada penjuru kiri dokumen anda.



Melalui paparan tersebut, ia sedikit sebanyak membantu pengguna ketika menyiapkan tugasan mereka yang mungkin memerlukan perkataan minimum atau maksimum dalam dokumen tersebut.

Sumber: Google