Google Dilaporkan Sedang Dalam Proses Membangunkan Set Kepala AR Mandiri Terbaru Mereka

Syarikat Google Inc kini dikatakan sedang dalam proses awal untuk membangunkan peranti set kepala augmented reality(AR) mandiri terbaru mereka, menurut laporan laman teknologi Jerman, WinFuture. Peranti ini dikatakan bakal menjadi pesaing kepada set kepala keluaran Microsoft, Hololens.



Set kepala AR Google ini dikatakan akan hadir tanpa wayar dan ia akan memudahkan untuk pengguna menggunakan peranti tersebut tanpa sebarang halangan pada pergerakkan. Ia dilaporkan tidak memerlukan sambungan dengan komputer untuk beroperasi, sama seperti Microsoft Hololens.

Google kini masih dalam proses untuk memilih cip pemprosesan bagi set kepala ini, dan menurut laporan WinFuture, cip keluaran Qualcomm QSC603 dan Qualcomm QSC605 menjadi antara pilihan utama untuk digunapakai pada peranti yang diberikan kod nama A65 ini. Bagi unit pemprosesan grafik pula, Adreno 615 dijangka menjadi pilihan pihak Google.



Sekiranya projek A65 ini berjaya disiapkan, ia bermakna industri pembinaan peranti AR sudah boleh meramalkan persaingan sengit bukan sahaja di antara Google dan Microsoft malah persaingan daripada syarikat Magic Leap yang dikatakan akan melancarkan peranti AR mereka, Magic Leap One tahun ini.

Sumber

[yourchannel user="schooloflifechannel"]