Google Dilaporkan Akan Membuang Fungsi SMS Dari Hangouts Untuk Bersaing Dengan Slack

Google akan mengeluarkan fungsi untuk menghantar dan menerima SMS dari servis Hangouts dalam bulan May, mengikut e-mel yang dihantar ke admin G Suite. E-mel itu diletakkan di Reddit, berkata Google akan memberitahu pengguna untuk mencari servis mesej 'default' selepas servis mesej itu akan dikeluarkan pada 22 May.

Pengguna Google Voice pula masih boleh menghantar teks.

Pengguna aplikasi Android Hangouts akan mendapat mesej dari 27 Mac memaklumkan mereka tentang pemberhentian fungsi SMS. Jika mereka mempunyai aplikasi 'chat' lain, Hangouts akan memilih aplikasi itu sebagai 'default'. Jika tiada, aplikasi lain akan dicari di dalam Google Play Store untuk mencari alternatif lain. Untuk pengguna Google Voice, ia lebih rumit sedikit: sesiapa yang menghantar SMS melalui Hangouts dari 22 May, tidak lagi dapat berbuat demikian tetapi sesiapa yang menghantar SMS melalui nombor Google Voice akan dapat berbuat demikian seperti biasa.

Perubahan itu selari dengan fokus Google terhadap Hangouts, meletakkan servis pesanan bagi bersaing dengan alat komunikasi tempat kerja, Slack. Mungkin penukaran servis ini tidak akan disambut dengan baik, ia mungkin sesuatu yang bijak diamana Google sendiri mempunyai pelbagai aplikasi 'chat'- termasuk Duo, Allo dan yang terbaru Android Messages. Aplikasi terbaru direka untuk menangani servis SMS pengguna Android. dan mungkin idea terbaik untuk memuat turun sekarang jika anda menggunakan Hangouts untuk teks.

Sumber

Berkaitan