Google Dikenakan Tuntutan Mahkamah Kerana Jejak Data Pengguna Dalam Mod Incognito

Terkini Google dikenakan tuntutan mahkamah $5 Billion USD (~RM21 Billion) atas tuduhan menjejak penggunaan internet pengguna melalui mod incognito. Ini adalah bercanggah dengan kepercayaan pengguna di mana jika mereka menggunakan mod ini, mereka tidak akan dijejak oleh Google untuk tujuan privasi.

Tuntutan mahkamah itu juga adalah di bawah akta Federal Wiretap di California yang membolehkan pengguna mempunyai hak untuk menyaman mana-mana syarikat jika privasi komunikasi mereka dipintas atau 'dijejak'.

Namun begitu, wakil dari Google menafikan tuduhan tersebut. Menurut beliau, mod incognito memberikan pengguna pilihan untuk melayari internet tanpa memberikan peranti atau pelayar web akses kepada aktiviti yang dilakukan. Akan tetapi, laman yang dilawati oleh pengguna boleh mengumpul maklumat perlakuan anda ketika melawat laman tersebut.

Buat masa ini, Google dilaporkan akan mempertahankan diri mereka dari dituduh mengenai isu penjejakan data ini.

Sumber: Reuters

Berkaitan