Google Data GIF Maker - Paparkan Data Dengan Cara Yang Lebih Kreatif

Pening tidak tahu bagaimana untuk memaparkan data dengan cara yang menarik?

Masalah itu mungkin boleh diselesaikan dengan Data GIF Maker, satu tool yang dibangunkan oleh Google.

Data GIF Maker merupakan sebuah tool yang dapat membantu anda dalam mempersembahkan perbandingan antara dua topik.

Sebelum itu, anda tahu apa itu GIF?

GIF ataupun nama penuhnya Graphics Interchange Format adalah format imej yang membolehkan imej itu bergerak. Ia bukan video, tetapi gambar yang bergerak.

Contoh 1



Contoh 2




Teringin nak buat pembentangan mengenai perbandingan data menarik seperti ini?

Caranya sangat mudah. Ya, sangat mudah.

Pergi ke Google GIF Maker dengan menekan pautan ini.

Isikan topik/nama data



Masukkan nilai data. Pilih sama ada nilai itu adalah peratusan ataupun jumlah dengan menekan dua bulatan di bahagian kanan anda



Pilih warna untuk membezakan kedua-dua data



Bahagian bawah itu anda bolehlah letak penerangan ringkas tentang data




 

Ok, ini langkah akhir, tekan Launch Comparisons untuk lihat hasil. Jika anda sudah berpuas hati, tekan butang Download As GIF.


 

Mudah bukan?