Google Dan H&M Ivyrevel Bekerjasama Hasilkan Pakaian Berdasarkan Data Dari Telefon Pintar

"Nak pakai baju apa harini?" Inilah yang sering terlintas dalam fikiran kita. Walaupun secara realitinya almari dibilik penuh dengan pakaian tetapi kita masih pening untuk memilih.

Melihat kepada masalah itu, Google dengan kerjasama H&M-disokong oleh label Ivyrevel telah membangunkan sebuah teknologi mereka-bentuk pakaian berdasarkan maklumat yang diperolehi dari telefon pintar pengguna. Projek yang dinamakan sebagai "Coded Couture" itu membolehkan pengguna mereka-bentuk pakaian mengikut lokasi, aktiviti dan juga cuaca.

Ia akan dibina berasaskan Android's Awareness API yang mana ia akan sentiasa peka dengan setiap aspek disekeliling pengguna. Aplikasi Android yang dibina untuk projek ini sudahpun memasuki fasa awal ujian. Untuk peringkat awal ini, ia akan memantau aktiviti seharian pengguna selama seminggu dan akan mencadangkan rekaan pakaian yang sesuai untuk pengguna.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=PUlF3rW8flU[/embed]

Maklumat yang dikumpul oleh aplikasi dikenali sebagai 'isyarat konteks' akan dihantar melalui algoritma khas kepada tukang jahit untuk disiapkan dan kemudiannya pengguna boleh membeli pakaian tersebut. Aplikasi Coded Couture ini masih diperingkat alpha dan sedang menjalani peringkat ujian yang dikendalikan oleh pakar fesyen. Ia akan ditawarkan kepada umum lewat tahun ini menurut laman Ivyrevel.

Sumber: Tech Crunch