Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google dan Facebook Mungkin Jejak Pelayaran Pornografi Anda

Google dan Facebook Mungkin Jejak Pelayaran Pornografi Anda

Diterbitkan Julai 22, 2019 oleh irfan suhaimee

Jangan terkejut jika anda seorang yang selalu melayari laman pornografi, kerana Google dan Facebook kini boleh mengesan pelayaran anda di laman berkenaan. Mampu mengakses pornografi di internet mungkin mudah, tetapi menurut penyelidik, ianya berisiko tinggi dari segi keselamatan.

Penyelidik di Microsoft, Carnegie Mellon University dan University of Pennsylvania telah menganalisis 22,484 laman lucah dan mendapati bahawa 93% pengguna data bocor kepada pihak ketiga. Biasanya, untuk perlindungan tambahan semasa melayari web, pengguna mungkin akan beralih ke mod inkognito. Tetapi, penyelidik berkata, mod inkognito hanya memastikan bahawa sejarah penyemakan imbas anda tidak disimpan di komputer anda.

Google dan Facebook Mungkin Jejak Pelayaran Pornografi Anda

Menurut satu kajian yang dikeluarkan, Google adalah syarikat pihak ketiga yang menduduki tempat pertama. Penyelidik mendapati bahawa Google, atau salah satu anak syarikatnya seperti platform pengiklanan DoubleClick, mengesan 74% laman web pornografi manakala Facebook mengesan 10% daripada laman web tersebut.

Menurut penyelidik lagi,

“Di AS, banyak platform pengiklanan dan hosting video yang melarang kandungan ‘orang dewasa’. Sebagai contoh, Google YouTube adalah tuan rumah video terbesar di dunia, tetapi tidak membenarkan pornografi,”. “Walau bagaimanapun, Google tidak mempunyai dasar yang melarang sebarang laman web dari menggunakan pengaturcaraan kod mereka (Google API) atau (Google Analytics). Oleh itu, walaupun Google bukan pemapar utama pornografi, tetapi Google tidak mempunyai batasan untuk melihat penggunaan laman porno oleh pengguna tanpa pengetahuan mereka. “

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY