Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Dah Tak Sabar, Spesifikasi Dan Rekaan Penuh Pixel 6 Dan Pixel 6 Pro Didedahkan

Posted on Ogos 3, 2021Ogos 3, 2021

Google nampaknya seperti tidak sabar untuk memperkenalkan model terbaru telefon pintar mereka yang dijangka bakal hadir pada tahun ini iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.

Jadi, Google telah berkongsikan beberapa info menarik tentang Pixel 6 dan Pixel 6 Pro lebih awal yang dibuat menerusi platfom sosial Twitter.

Google menyatakan, kedua-dua model telefon pintar terbaru mereka ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru yang direka khas oleh Google sendiri khusus untuk Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.

cip tersebut dikenali sebagai Google Tensor.

We made a chip!#Pixel6 is powered by our first ever smartphone SoC: meet Google Tensor

(5/13) pic.twitter.com/0Kts53Tfqm

— Made by Google (@madebygoogle) August 2, 2021

Google menyatakan dengan Google Tensor, teknologi pengecaman percakapan menjadi lebih maju sekaligus meningkatkan keupayaan ciri arahan suara, mengalih bahasa, kapsyen dan perencanaan (dictation).

Pixel 6 Pro juga dilengkapi dengan 3 kamera termasuklah lensa telefoto dengan optikal zoom 4x.

Bagi pixel 6 pula, ia masih dilengkapi 3 kamera sepertimana versi Pro. Cuma ia tidak mempunyai lensa telefoto.

Google juga memperlihatkan reka bentuk penuh Pixel 6 serta antaramuka sistem peranti itu sepenuhnya.

Material You will be best on #Pixel6.

The colors, the camera, the form, and what’s on the screen all work together in a single, fluid experience.

(9/13) pic.twitter.com/K6BRF9ZKEY

— Made by Google (@madebygoogle) August 2, 2021

Berkaitan ciri keselamatan pula, Google mendakwa Pixel 6 adalah telefon pintar yang dilengkapi dengan perkakasan keselamatan terbaik yang belum pernah ada dalam mana-mana telefon pintar setakat ini.

Google juga seperti seakan memberi petanda bahawa mereka tidak akan menamakan peranti mereka ini Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Jadi, adakah Pixel akan dijenamakan dengan nama yang baru?

Google tidak memberikan tarikh tepat bilakah mereka akan melancarkan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Tetapi memberi bayangan yang ia akan dilancarkan dalam musim luruh iaitu antara bulan September Hingga Oktober nanti.

Sama-sama kita nantikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress