Google Chrome Untuk Android Kini Menyokong Mod Gelap, Ini Cara Untuk Aktifkannya

Sebahagian daripada kita lebih memilih untuk menggunakan paparan dengan latarbelakang gelap pada peranti pintar. Memasuki tahun 2019, kita telah dibayangkang dengan kehadiran mod gelap yang lebih meluas tidak kira pada sistem antaramuka mahupun aplikasi.

Baru-baru ini, aplikasi pelayar web Google Chrome menerusi kemaskini versi 74.0.3729.112 telah menyokong mod terbabit.

Fungsi untuk mengaktifkannya masih belum tersedia tetapi bagi yang sudah tidak sabar-sabar lagi, boleh ikuti langkah-langkah berikut.

  • Salin pautan ini chrome://flags/#enable-android-night-mode dan tampalkannya pada ruang carian Chrome.




 

  • Pada paparan seterusnya dibawah menu Android Chrome UI dark mode, pilih Enabled dan tekan butang Relaunch Now.

  • Pergi ke bahagian Settings dan menu baru Dark Mode akan muncul.




Sebelum lakukannya, pastikan anda sudah mengemaskini aplikasi Google Chrome kepada versi terbaru yang disebutkan diatas dari Google Play.