Google Chrome Share UI - Kongsi Gambar Dari Pelayar Dengan QR Code

Google Chrome merupakan salah satu aplikasi pelayar terbaik bagi Android. Ia menawarkan integrasi yang lancar pada semua peranti, dan dilengkapi ciri-ciri berguna untuk pengguna.

Kini, anda mungkin mempunyai alasan lain untuk menggunakan Google Chrome sebagai pelayar default kerana ciri akan datang yang membolehkan anda dengan mudah menyalin gambar ke clipboard Android.

XDA Developers telah menemui pembangunan ciri tersebut pada Chromium Gerrit. Ia menerangkan menu baru yang membolehkan anda menyalin gambar terus dari Google Chrome. Anda boleh berkongsi gambar daripada pelayar, tetapi dengan menggunakan menu perkongsian Android.

Google Chrome Share UI

 

Menu perkongsian baru ini masih dalam pembangunan. Untuk mengaktifkannya, anda perlu menggunakan Chrome Canary dan pergi ke chrome://flags/#chrome-sharing-hub dan aktifkan. Tutup dan buka kembali pelayar tersebut dan anda akan menerima menu perkongsian baru apabila memilih untuk berkongsi halaman.



Ciri ini belum kelihatan secara default untuk mana-mana pengguna kerana masih dalam proses pembangunan. Beberapa ciri seperti tangkap layar dan pengimbas juga masih belum berfungsi.

Sumber: Android Police