Google Chrome Mungkin Akan Hadir Iklan Beli-Belah Di Halaman Tab Baru

Jika anda berasa rimas akan iklan di Youtube, mungkin selepas ini akan menambahkan lagi ketidaksenangan anda kerana Google kini sedang menguji iklan beli-belah pada halaman tab baru di Chrome.



Ciri ini masih belum dilancarkan tetapi ia masih di peringkat percubaan pada versi terbaharu Google Chrome Canavary di Windows.

Ia tidak diaktifkan secara lalai dan ia boleh diaktifkan untuk pratonton awal dimana ia tersembunyi pada bahagian bendera serta melihat bagaimana ia berfungsi.

Iklan membeli-belah ini akan muncul dalam format kad di bawah bahagian shortcuts.

Jika anda berminat untuk mencubanya, boleh ikuti langkah berikut:

  • Muat turun Chrome Canary di sini

  • Buka Canary dan di bar alamat, taip chrome://flags untuk buka bendera

  • Cari bendera berikut: NTP Modules dan NTP Shopping Module

  • Enable NTP Modules dan pilih Enabled - Fake Data untuk Shopping Task Module

  • Restart pelayar chrome untuk melihat perubahan




Anda juga boleh untuk tidak memilih kad iklan, jika anda mahu. Iklan hanya akan muncul ketika Fake Data dipilih dan bukan 'Diaktifkan' atau 'Aktifkan Data Nyata'.



Google juga sedang menguji modul Resipi dan Kaleidoskop untuk NTP. Buat masa sekarang, belum ada pengesahan bila ciri ini akan dilancarkan kepada umum.

Sudah tentu, ciri ini hanyalah satu uji kaji yang digunakan oleh pembangun Chromium serta tidak dapat kepastian sama ada ia benar-benar berjaya mencapai tahap stabil pada pelayar Chrome.

Sumber: xdadevelepors