Google Chrome Dan Mozilla Firefox Disekat Penggunaanya Untuk Windows 10 S

Microsoft baru-baru ini memperkenalkan sistem operasi Windows 10 S baru yang didakwa memfokuskan pada institusi pengajian. Pengguna tidak lagi mampu menukar default browser dan enjin carian pada Windows 10s.

Microsoft turut mengesahkan berita ini dengan memberitahu pengguna hanya boleh mengekses aplikasi yang dimuatkan dalam Windows Store sahaja. Ini bermakna pengguna Windows 10s terpaksa menggunakan Microsoft Edge atau Bing dalam peranti mereka.

Browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox pun sebenarnya sehingga sekarang tidak ada dalam Windows Store.

Reinstall-Microsoft-Edge-In-Windows-10

Microsoft kini sedang membawakan satu fungsi yang dinamakan Project Islandwood, yang membenarkan peralihan dari perisian Win32 ke aplikasi UWP.

Ini bermakna, jika Google mahu membawakan enjin carian mereka di Windows Store, Project Islandwood adalah jawapannya. Akan tetapi Google akan terpaksa membina browser yang baru (from scratch) menggunakan platform yang digunapakai oleh Microsoft.

Microsoft memberitahu, langkah yang dibawakan mereka ini adalah bertujuan untuk memperkasakan tahap keselamatan peranti mereka. Microsoft Edge didakwa mereka bebas daripada malware.

"Browser yang lain juga patut melakukan perkara yang sama diketengahkan oleh Microsoft Edge. Jadi jika mereka mahu membawakan enjin carian mereka ke dalam Windows Store, mereka harus membina semula mengikut syarat yang ditetapkan" kata juru cakap dari Microsoft.

Sumber