Google Chrome Akan Label Laman Web Yang Perlahan Untuk Diakses

Kenikmatan melayari Google Chrome pastinya terbantut apabila sesebuah laman web itu lambat untuk memaparkan kandungan mereka. Tidak kiralah secantik mana pun susun atur laman web tersebut atau betapa bagusnya kandungan yang diberi, tetapi jika akses masuknya perlaahan segelintir pengguna akan berlalu pergi.

Bagi memberikan informasi awal kepada pengguna disamping menaikkan imej laman web yang menyediakan akses pantas, Google kini telah mengumumkan satu ciri yang berupaya mengenal pasti masalah tersebut.

Seperti gambar dibawah, sesebuah laman web yang perlahan untuk diakses akan jalur dibawah ruang pautan akan berwarna biru serta turut terkandung dengan mesej "Usually loads slow". Ini berbeza dengan laman web yang lebih laju dimana jalur berwarna hijau digunakan.



Namun begitu, petunjuk dan label itu belum dimuktamadkan lagi bermaksud pembangun pelayar sedang bereksperimen dengan pelbagai cari lain.

Ciri ini sangat membantu untuk memberi gambaran awal tentang kelancaran akses sesebuah laman web dan dalam masa yang sama mengajak pembangun untuk memperkemaskan lagi laman web mereka.

Sumber: Google