Google Chrome 73 Kini Menyokong Mod Gelap macOS Mojave

Mod  gelap dan cerah Chrome diaktifkan secara automatik mengikut tema macOS . 


Google pada awal hari ini telah melepaskan kemaskini terbaru untuk aplikasi pelayar sesawang Google Chrome. Dalam kemaskini tersebut, perkara yang paling akan pengguna adalah antaramuka Google Chrome akan berinteraksi dengan tema yang digunakan bersama macOS Mojave.

Seperti sedia maklum, macOS Mojave boleh menggunakan 2 tema iaitu tema mod cerah dan mod gelap.

Jadi, mod antaramuka versi 73 Google Chrome kini akan diaktifkan mengikut tema macOS yang anda gunakan.

Sekiranya anda menggunakan tema gelap pada macOS Mojave, antaramuka Google Chrome juga akan berubah kepada mod gelap. Begitulah dengan sebaliknya.

Walaubagaimanapun, didapati terdapat sedikit kecacatan apabila menggunakan Chrome dalam mod gelap. Perkataan nama laman sesawang yang dipaparkan pada laman utama Google Chrome turut dipaparkan dengan warna gelap.

Jadi adalah sukar untuk melihat perkataan tersebut.

Kapsyen: Perkataan sukar dilihat dalam mod gelap Chrome.


Sungguhpun mod gelap Google Chrome diaplikasikan pada keseluruhan antaramuka utamanya, tetapi tidak pula pada bahagian tetapan aplikasi tersebut.

Kapsyen: Sedikit perubahan grafik pada tetapan Google Chrome.


Selain daripada sokongan mod gelap, Google Chrome turut mengemaskini ciri keselamatannya. Jika anda belum mengemaskini versi Chrome terbaru 73.0.3683.75, bolehlah mengemaskininya dengan segera.