Google CEO Berjanji Akan Menukar Emoji Burger Keju

Netizen pada minggu lepas kecoh dengan emoji Google yang memaparkan susunan keju yang salah pada emoji burger keju. Emoji Apple pula memaparkan keju yang berada di atas daging burger sementara emoji Google meletakkan keju dahulu sebelum daging.

Ini mungkin merupakan perkara yang sangat remeh bagi kebanyakkan orang namun sesetengah orang dikatakan terganggu dengan emoji tersebut dan untuk itu CEO Google menerusi akaun twitter nya akan mencari solusi bersama untuk memuaskan hati semua orang.

Alasan pihak Apple pula mengatakan yang mereka hanya mengikut susunan yang telah dibuat oleh McDonald, restoran makanan segera yang terkenal seluruh dunia.

Sumber