Google Camera Port Kini Menyokong Mi 8, Mi Mix 2S Dan Poco F1

Sebelum ini telefon pintar Android bukanlah peranti yang terkenal dengan prestasi kamera yang baik. Namun sejak kehadiran Google Pixel dan Pixel 2, ramai mendambakan rakaman foto sebaik model tersebut.

Ini adalah kerana aplikasi yang digunakan iaitu Google Camera mampu memberikan hasil berkualiti teknologi Google Potrait Mode dan HDR+. Oleh sebab itu, beberapa pihak telah cuba membawakan aplikasi tersebut kepada peranti Android selain Pixel.

Terkini, dikhabarkan Google Camera sudah menyokong barisan peranti flagship daripada Xiaomi iaitu Mi 8, Mi Mix 2s dan juga sub jenama, Poco F1.

Tidak seperti peranti Xiaomi yang lain, model-model diatas tidak memerlukan pengguna melakukan root, menyahkunci bootloader, atau memasang sebarang modul Magisk.

Berikut adalah senarai model yang tidak perlu dinyahkunci bootloader:

  • Xiaomi Mi Mix 2S

  • Xiaomi Mi 8

  • Xiaomi Mi 8 Explorer Edition

  • Xiaomi Mi 8 SE

  • Xiaomi Poco F1


Sudah pasti ini perkhabaran baik bagi pengguna Xiaomi kerana kamera peranti tersebut sedikit kurang pada sistem kamera.

Muat turun Google Camera port boleh dibuat disini.

Sumber: XDA Developers