Google Buang Lebih Dari 700 Ribu Aplikasi Dari PlayStore Sepanjang 2017

Google PlayStore merupakan platform muat turun yang menghidangkan bermacam-macam aplikasi ciptaan pembangun dari seluruh dunia.

Sebanyak 3.5 juta aplikasi dicatatkan tersenarai dalam PlayStore dan daripada jumlah tersebut, sudah pasti ada yang dibangunkan dengan tujuan tidak baik.

Dua minggu sudah, sebanyak 60 aplikasi yang kebanyakkannya aplikasi kanak-kanak telah dipadam dari senarai muat turun disebabkan mengandungi perisian hasad yang memaparkan iklan berimej lucah.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah jumlah sebenar kerana menurut Google, mereka telah memadam lebih dari 700 ribu aplikasi menggunakan teknologi AI. Peningkatan sebanyak 70% direkodkan untuk tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Antara ciri-ciri aplikasi yang dipadam adalah:

  • Aplikasi ciplak - Aplikasi yang cuba menipu pengguna dengan meniru aplikasi popular.

  • Kandungan yang tidak senonoh - Mengandungi bahan seperti pornografi, perilaku kejam dan ekstrim serta aktiviti jenayah.

  • Aplikasi yang berpotensi memudaratkan - Berpotensi menceroboh data dalam telefon pintar.


Sumber: Developers Blog