Dua extension tersebut adalah Nano Adblocker dan Nano Defender, yang masing-masing mempunyai lebih 50,000 dan 200,000 pemasangan. Kod pengumpulan data berkenaan telah dimasukkan pada bulan ini, selepas pembangun asal menjual dua extension tersebut kepada pembangun Turki.
Isu ini dikesan oleh Raymond Hill, pembangun sekatan iklan uBlock Origin yang mendapati kedua-dua extension telah diubah untuk memasukkan kod tersebut. Menurut Hill,
"The extension is now designed to lookup specific information from your outgoing network requests according to an externally configurable heuristics and send it to https://def.dev-nano.com"
Selepas analisis lanjutan dilakukan, kod berbahaya tersebut telah didedahkan . Ia bertujuan untuk mengumpulkan maklumat pengguna termasuk alamat IP, negara, URL laman web, kod status HTPP, maklumat OS, masa yang dihabiskan bagi setiap laman web, URL lain yang diklik pada laman web serta lain-lain.
Dua extension berkenaan telah dibuang dan dinyahaktifkan dari pelayar Chrome. Sementara itu, Nano Blocker dan Nano Defender versi Firefox didapati tidak terkesan dengan isu ini. Ini kerana, ia bukan sebahagian daripada penjualan dan dikendalikan oleh pembangun yang berbeza.
Sumber: ZDNet
Berkaitan
- Rasmi, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Pautkan Satu Akaun Pada Empat Telefon
- Pelancaran Global Makin Hampir, Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan Untuk Mi 11
- Archie, Enjin Carian Pertama Yang Diperkenal 30 Tahun Lalu
- iPhone 16 Pro Max Dikatakan Bakal Tampil Dengan Kamera 'Super' Telefoto
- Waktu Operasi Mesin ATM Dihadkan 8 Pagi Hingga 8 Malam Sahaja - MKN
- Allo Perkenal Pakej Perpaduan, Harga Langganan RM69/Sebulan Untuk 100Mbps
- Kos Penghasilan iPhone 12 Adalah 21% Lebih Tinggi Berbanding iPhone 11
- Sokongan 5G Kini Hadir Untuk Pengguna iPhone Di Malaysia
- Belum Sokong Pembayaran Google Pay, Maybank Akan Pertimbang Kelak
- Seagate Bakal Hentikan 3,000 Pekerja Di Seluruh Dunia