Google Buang 29 Aplikasi Kamera Dan Foto Dari PlayStore

Setakat Disember 2018, Google PlayStore sudah menyenaraikan lebih dari 2.6 juta aplikasi yang sedia dimuat turun secara percuma atau berbayar oleh pengguna Android. Dalam angka tersebut, pastinya ada yang dibangunkan dengan niat jahat.

Minggu lalu, Google PlayStore dikatakan telah membuang 29 aplikasi kamera dan foto. Tiga daripadanya sudah dimuat turun lebih 1 juta kali dan menurut Trend Micro, kebanyakkan muat turun dibuat dari Asia, terutama sekali India.

Selain "menawarkan" fungsi untuk mencatikkan foto, aplikasi-aplikasi terlibat juga digunakan untuk membuat paparan iklan lucah, mencuri gambar yang dimuat naik kedalamnya dan teknik penipuan yang lain.

Aktiviti aplikasi itu dikatakan sukar dikesan dan dinyahpasang kerana berkebolehan bersembunyi dari senarai aplikasi standard.

29 aplikasi yang dilaporkan telah dibuang adalah:



Kapsyen: Rakaman gambar dari Trend Micro


Sumber: Trend Micro via Ars Technica