Menurut laporan terkini yang diperolehi, Google telah disaman sebanyak $ 5 billion(~RM 20.31 billion) atas kesalahan tersebut. Mereka dikatakan telah menghalang daripada berlakunya persaingan yang adil di antara mereka dan pesaing mereka.
Kredit : @EU_commission
Atas sebab itu, Google telah memberi amaran kepada semua yang terlibat dalam industri berkenaan bahawa sistem Android mungkin tidak akan disediakan secara percuma lagi selepas ini. Perkara ini terpaksa dilakukan sekiranya EU bertegas untuk memaksa mereka menghentikan aktiviti tersebut.
Google mendakwa, sekiranya ia dilaksanakan, pengguna peranti Android terpaksa memasang hampir 50 aplikasi secara manual sendiri. Ia akan memakan masa dan menyusahkan pengguna mereka, seterusnya menjatuhkan reputasi Android sebagai sistem operasi yang menjadi pilihan pengguna sebelum ini.
Terdapat juga beberapa pihak yang mempersoalkan tentang harga peranti Android sekiranya Google mengenakan bayaran untuk sistem berkenaan. Ia pastinya memberi lebih kos kepada pengeluar yang seterusnya akan memindahkan kos tersebut kepada pembeli.
Sumber
Berkaitan
- Google Mungkin Akan Lancarkan Pengganti tablet Nexus 7
- Google Bakal Perkenalkan Edisi Ringan Bagi Android Pie Musim Luruh Ini
- Google Masih Boleh Mengesan Peranti Pengguna Walaupun Sudah Menyahaktifkan Fungsi GPS
- Kemaskini Google Translate Memperkenalkan Terjemahan Inggeris/Jepun Menggunakan Kamera
- Satu-Satunya Cara Untuk Pasang Google Playstore Pada Huawei Mate 30 Disekat
- Sokongan Google Assistant dan Alexa Akan Hadir Pada Kemaskini Terbaru Konsol Xbox One
- Pocophone F1 Mula Nikmati Kemaskini Android Pie Secara Berperingkat
- Permainan Video Fortnite Bakal Ke Peranti Android Tidak Lama Lagi
- Google Play Music Akan Tampil Dengan Ciri Lebih Bijak Dan Kemas
- Google Bakal Buang Ciri Sync Secara Automatik Antara Google Drive Dan Google Photos