Google Bercadang Untuk Membawa Fungsi 'Tap-To-Pay' Untuk Jam Pintar Android Wear

Google dilaporkan sudah bersedia untuk membawa fungsi 'Tap-To -Pay' untuk Android Wear. Jika dilihat pada Google Play Service versi ke 10.0 yang memperlihatkan beberapa arahan dari Google seperti "Try holding your watch to the terminal again". Ini secara jelas menunjukan bahawa Google telah pun berada di peringkat terakhir dalam mengumumkan fungsi terbaru ini. Jika anda mempunyai jam pintar Android Wear yang dibina dengan cip NFC, anda boleh membayar di kaunter dengan hanya menyentuhkan jam anda dengan mesin NFC. Sama seperti anda menggunakan kad Maybank dengan fungsi Wave.

ap_resize

Antara ciri baru yang akan diketengahkan kelak adalah Instant Apps. Aplikasi Instant App ini membolehkan pengguna mencuba menggunakan sesuatu aplikasi tanpa perlu memuat turun aplikasi tersebut. Ianya berupaya memberikan peluang kepada pengguna untuk mencuba sesuatu aplikasi sebelum dimuat turun. Namun tidak pasti bila ianya akan diumumkan secara rasmi.

Di US, pengguna sebenarnya sudah berupaya menggunakan fungsi Tap-To-Pay jika anda mempunyai Samsung Gear S3 dan akaun Samsung Pay. Fungsi ini juga boleh digunakan oleh jam pintar yang lain yang dibina dengan KitKat 4.4 dan ke atas. Samsung membenarkan anda menggunakan fungsi tersebut kepada semua jenama jam pintar Android namun cuma satu syarat-anda perlu menggunakan jam pintar yang diban dengan sistem operasi Tizen. Dan sudah semestinya pengguna iPhone juga sudah boleh menggunakan fungsi yang sama untuk Apple Watch dan Apple Pay sudah sekian lama.

bn-pq426_samsun_p_20160831134346

Walaupun dengan kemunculan di Google Play Service, kita mungking terpaksa menunggu kehadiran Android Wear 2.0 pada tahun hadapan. Dikhabarkan peranti ini akan tampil dengan rekaan yang setending dan 'compatible' dengan telefon Pixel.