3 Firma keselamatan bergabung membantu Google mengesan aplikasi-aplikasi Android meragukan yang ditawar dalam Google Play Store.
Google mengumumkan mereka kini menjalin kerjasama secara rapat dengan 3 firma keselamatan iaitu ESET, Lookout dan Zimperium dalam usaha mereka bagi meningkatkan lagi keselamatan Google Play Store.
Gabungan yang dikenali sebagai App Defense Alliance itu adalah bagi menghalang aplikasi-aplikasi Android meragukan yang ditawarkan di dalam Google Play Store terlepas dimuat turun oleh pengguna peranti Android.
"Our number one goal as partners is to ensure the safety of the Google Play Store, quickly finding potentially harmful applications and stopping them from being published" Google.
Peranti Android yang kini mempunyai lebih 2.5 bilion pengguna amat popular dikalangan pembangun dengan cuba menawarkan aplikasi mereka yang turut menyembunyikan perisian hasad di dalamnya bagi pelbagai tujuan seperti penggodaman dan mengaut keuntungan mudah menerusi perisian hasad iklan.
Google memaklumkan, mereka kini mengintegasikan ciri pengesan sistem keselamatan Google Play Protect dengan rakan keselamatan mereka bagi melaksanakan kerjasama ini.
Melalui cara ini, Google dan pihak firma keselamatan tersebut dapat menganalisa dan mengesan dengan secara langsung terhadap aplikasi-aplikasi yang merbahaya dari ditawarkan dengan lebih baik. Sekaligus membuang aplikasi-aplikasi tersebut dari Google Play Store.
"Knowledge sharing and industry collaboration are important aspects in securing the world from attacks. We believe working together is the ultimate way we will get ahead of bad actors. We’re excited to work with these partners to arm the Google Play Store against bad apps." Google
Berkaitan
- Aplikasi LibreTorrent Dibuang Dari Play Store, Didakwa Menyalahi Polisi Google
- Buang Segera 35 Aplikasi Android Ini Kerana Dikesan Menyelinap Masuk Ke Dalam Google Play Store
- 3 Aplikasi Popular Google Ini Bakal Terima Kuasa 'AI'
- Aplikasi Messages Bakal Tidak Lagi Boleh Digunakan Dalam Peranti Android Yang Tidak Disahkan Google
- Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome
- Cara Memadam Akaun Google Sepenuhnya
- Pengguna iPhone Kini Boleh Memuat Turun Kandungan App Store Bersaiz Sehingga 200MB Menerusi Sambungan Selular
- Huawei Sedang Berusaha Membangunkan Platfom Seperti Google Play Store Khusus Untuk HongmengOS
- Google Berjaya Melaksanakan Projek Kabel Dasar Laut Menyambungkan Los Angeles Dan Chile
- Apple Maps Makin Digemari Pengguna Berbanding Google Maps - Laporan