Google Bawakan Rekaan Terbaru Untuk Chrome Sempena Ulang Tahun Ke-10 Pelayar Tersebut

Pada tanggal 2 September lepas, Google telah meraikan ulang tahun ke-10 Chrome, sebuah pelayar popular yang digunakan oleh pengguna. NetMarketShare meletakkan Chrome sebanyak 62% pengguna berbanding 16.2% yang diwakili oleh Internet Explorer dan Edge digabungkan.

Atas kejayaan tersebut, Google kini sedang membuat rekaan baharu untuk pelayar mereka. Rekaan yang tampak lebih bulat pada bucunya membawa Chrome ke era lebih moden dan lebih mudah. Rekaan ini telah wujud untuk salah satu produk mereka iaitu Gmail yang menekankan tema warna putih dan ikon berbujur.

Kemaskini untuk Chrome sepatutnya sudah diedarkan ke seluruh dunia ketika ini dan pemeriksaan cepat oleh kami mendapati kemaskini ini belum sampai ke kami. Bagaimana pula dengan anda?