Dikatakan mirip seperti fungsi yang terdapat pada iOS dan MacOS iaitu AirDrop, ia membenarkan penghantaran fail seperti imej, URL, teks dan lain-lain kepada peranti berdekatan tanpa menggunakan internet.
Fungsi tersedia pada paparan share, ia tampil dengan ikon seperti gambar dibawah. Selain itu, Fast Share juga boleh dilancarkan dengan pergi ke bahagian Settings>Google>Fast Share.
Menurut 9to5Google, penghantaran fail dibuat dengan mudah dimana pengguna hanya perlu memasukkan nama peranti penerima dan tekan "Turn On" untuk mengaktifkannya.Ciri seperti Bluetooth dan Location diperlukan untuk fungsi ini.
Setelah peranti penerima dipilih, paparan akan memberi informasi fail apa yang sedang dihantar disamping nama peranti penerima. Fast Share juga dikatakan tidak hanya terhad untuk penggunaan pada Android dimana ia juga boleh dijadikan platform perkongsian untuk jam tangan pintar dan juga iPhone.
Fast Share diuji pada Pixel 3XL yang menjalankan sistem operasi Android Q dan berkemungkinan ia akan ditawarkan pada sistem operasi yang sebelumnya. Buat masa sekarang, masih belum dapat dipastikan bila Google akan memperkenalkan ciri perkongsian ini.
Sumber: 9to5Google
Berkaitan
- Tiga Peranti HTC Dijanjikan Terima Naik Taraf Kepada Android Pie Bermula Bulan Jun Depan
- Blizzard Akan Tawar Permainan Diablo Untuk Android Dan iOS
- Google Maps Tambah Beberapa Ikon Dan Warna Baru, Jadikan Carian Lebih Pantas
- Google Beli Sebahagian Dari HTC Dengan Nilai $1.1 Bilion
- Gallery Go - Alternatif Kepada Google Photos Yang Lebih "Ringan"
- Google Bangunkan Enjin Carian Khusus Untuk China
- ZenFone Live - Peranti Android Go Pertama Dari Asus
- Android Q Versi Beta Kini Sedia Dinikmati Oleh 21 Peranti Termasuk Asus ZenFone 5Z, Huawei Mate 20 Pro Dan Mi 9
- Google Menambah Ciri Mod Motosikal Kedalam Kemaskini Google Maps
- Log Masuk Ke Perkhidmatan Google Dipermudahkan Dengan Imbasan Cap Jari