Google Bakal Perkenalkan Edisi Ringan Bagi Android Pie Musim Luruh Ini

Awal bulan ini, Google telah memperkenalkan sistem operasi baru mereka iaitu Android 9 Pie bagi menyambung legasi Android 8 Oreo sebelum ini. Beberapa peranti daripada pelbagai jenama telah disahkan akan menyokong sistem operasi berkenaan oleh pengeluar masing-masing.

Kredit : 9to5google


Namun, kebanyakan daripada peranti tersebut terdiri daripada model yang berkeupayaan tinggi. Seperti dijangka, tiada peranti dari kelas kemasukan yang disahkan akan menerima kemaskini tersebut setakat ini. Akan tetapi, Google telah pun menjanjikan sesuatu bagi peranti-peranti dalam kelas berkenaan.

Mereka baru-baru ini telah mengumumkan bahawa satu edisi ringan bagi Android Pie akan dilancarkan pada musim luruh ini(September-November). Sistem operasi tersebut dinamakan sebagai Android Pie (Go Edition). 


Kredit : Techspot


Sama seperti Android Oreo(Go Edition), ia direka khas bagi dijalankan oleh peranti dengan memori 1GB RAM dan ke bawah. Sistem operasi ini juga didakwa akan memberikan masa boot yang lebih pantas serta kemaskini kepada aplikasi-aplikasinya seperti Google Go dan Maps Go.

Google menegaskan bahawa mereka akan berusaha dengan segala upaya bagi terus memberikan perkhidmatan terbaik pada setiap kelas peranti termasuklah pertengahan.

 

Sumber