Google Bakal Mempersembahkan Android Wear 2.0 Awal Tahun Depan





Google dikhabarkan akan mempersembahkan Android Wear 2.0 pada awal tahun depan. Walaupun ianya telah diumumkan pada awal tahun ini, Google seakan-akan berdiam diri tentang tarikh rasmi pelancaran jam pintar yang akan menggunakan sistem operasi mereka sendiri. Pada September yang lalu, Google telah mengumumkan secara rasmi mereka terpaksa menganjak tarikh pelancaran ke suku pertama tahu depan.



Google telah pun memberikan secara terperinci tentang jam pintar mereka. AndroidWear 2.0 akan memiliki aplikasi sendiri tanpa perlu menghubungkan dengan telefon pintar. Dibina dengan 'interface' yang baru dan fresh, jam pintar ini juga membolehkan pengguna mengubah rekaan muka depan dengan menggunakan Widget dari pihak ketiga di aplikasi Android Wear.











Widgets tersebut mampu memberitahu tentang aktiviti di dalam kalender dan anda boleh melihat senarai tugas yang anda tetapkan. Jika anda mahu melihat tugasan anda secara terperinci, anda hanya perlu tekan pada ikon Widget. Google juga telah meperbaiki aplikasi kecergasan seperti sukatan jarak perjalanan, berlari, berbasikal dan sebagainya. Aplikasi tersebut akan merekod pergerakan anda tanpa perlu membuka aplikasi.