Google Bakal Lancarkan Telefon Pintar Jenama Mereka sendiri





Google sudah bersedia untuk mengeluarkan telefon pintar mereka sendiri yang di khabarkan akan dilancarkan awal bulan depan.



Dikatakan Google akan memperkenalkan dua telefon pintar yang menggunakan Android Nougat yang mempunyai skrin berukuran 5 inci dan 5.5 inci. ianya juga akan datang bersama 32GB dan 128GB memori. Ciri Ciri dan spesifikasi yang lain belum lagi dapat di ketahui.



Google juga mungkin akan berkerjasama bersama HTC dan dikhabarkan ianya menyamai dua telefon pintar Nexus iaitu Sailfish dan Marlin. Berita ini belum dapat kepastian dari pihak Google sendiri namun Google sudah bersiap sedia untuk mengeluarkan telefon pintar mereka yang dapat menyamai keupayaan iphone.



Sumber mengatakan Google akan mengeluarkan kenyataan tentang telefon pintar mereka September ini. Google juga kini sedang berkerjasama dengan HTC, LG dan baru baru ini Huawei.








ADVERTISEMENT