Google Bakal Ganti Nexus Dengan Pixel







Google nampaknya mahu menghentikan jenama
Nexus dalam siri telefon pintar dan menggantikannya dengan nama Pixel. Menurut
sumber MDROID, dua buah model telefon pintar; Nexus Sailfish dan Nexus Marlin
akan ditukar nama menjadi Google Pixel dan Google Pixel XL.


Sumber lain turut menyatakan Google
merancang memasarkan model Pixel dan Pixel XL sebagai sebuah telefon pintar
keluaran pertama yang dibangunkan syarikat mereka sendiri.





Baru-baru ini, HTC sebagai pengeluar
peralatan original (OEM) Nexus ada memberitahu media asing tentang harga
kedua-dua buah model itu. Model yang menggunakan nama kod Sailfish akan dijual
pada harga RM1800 manakala model high-end menggunakan nama kod Marlin akan
dijual pada harga RM2400.




Selain itu, kedua-dua model tersebut
mempunyai storan dalaman 32GB, 4GB RAM, 12MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi
kamera hadapan. Model Sailfish dan Marlin ini akan beroperasi menggunakan
Android yang terbaru, Nougat 7.1. Perbezaan antara kedua buah telefon pintar
ini adalah cip pemproses dimana Sailfish akan dilengkapi dengan Snapdragon 820
manakala Marlin akan dipasang dengan Snapdragon 821.

Berkaitan